Thursday, April 30, 2009

MPOB F4 (KIMIA+ORGANIK+ZEOLITE) 3 in 1





KELEBIHAN BAJA MPOB F4 IALAH:-

1. Baja MPOB F4 mempunyai sifat spesifik yang sesuai digunakan di tanah teres kawasan berbukit yang kandungan organik tanahnya rendah dan juga jenis-jenis tanah bermasalah seperti tanah lateratik, tanah liat dan tanah berpasir

2. Membekalkan peratusan nutrien-nutrien yangseimbang iaitu N_P_K (9-6-18) serta Mg (2.0) dan B (0.5) untuk pokok sawit menhasilkan buah yang banyak.

3. Ia juga mengandungi mineral zeolite dan bahan organik yang meningkatkan CEC (Cation Exchange Capacity) dan juga membekalkan nutrien-nutrien lain seperti kalsium, silika dan lain-lain nutrien mikro untuk pertumbuhan pokok yang sihat.

4. Mineral zeolite dapat membantu nutrien bertahan lebih lama dikawasan perakaran pokok kerana peningkatan CEC tanah berupaya mengawal pelepasan nutrien-nutrien seiring dengan keperluan nutrien-nutrien pokok.

5. Bahan organik yang terdapat di dalam MPOB F4 berupaya untuk menarik kehadiran mikro-organisma yang efektif untuk menyuburkan tanah. Dengan itu, perkembangan sistem akar akan lebih baik dan nutrien-nutrien yang diperlukan dapat diserap dengan lebih efektif, efisen dan lebih mesra alam.

No comments: